‘AQIQAH DAN SYAFAAT ANAK KECIL

Menurut Imam Ahmad r.a., sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum di’aqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada ‘aqiqahnya (Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu ‘alam. Ia berdasarkan kefahaman Imam Ahmad dari hadis:

الغلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم السابع ويسمى ويحلق رأسه

Maksudnya:
Anak tergantung kepada ‘aqiqahnya, dilakukan sembelihan ‘aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama serta dicukur kepalanya.”

-Riwayat At-tirmizi dan Ahmad

Justeru bagi semua ibu, jika terdapat anak yang meninggal dunia dalam keadaan Islam, berusahalah menjadi ibu bapa yang beriman secara tulen. Allah subhanahu wata‘ala pasti akan menghubungkan anak dan ibu bapanya semula di akhirat. Janganlah terlalu bersedih dengan pemergiannya. Firman Allah subhanahu wata‘ala dalam surah At-Tur, ayat ke-21:

والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم وما ألتناهم من عملهم من شيء

Maksudnya:
“Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.”

InshaAllah, anak-anak kecil yang meninggal ini akan berada di syurga Allah subhanahu wata‘ala. Disebut dalam kitab Ad-Durr Al-Manthur, sesungguhnya orang yang beriman dan anak-anaknya akan berada di dalam syurga bersama-sama (Ad-Durr Al-Manthur, 7/633 ; Tafsir At-Tabari, 27/25). Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut,   perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: