‘AQIQAH LEMBU LEBIH KOS EFEKTIF

‘Aqiqah adalah sunat muakkad dan ramai di kalangan kita yang berhajat melaksanakannya. Kebiasaannya ibubapa akan meng’aqiqahkan kambing untuk ‘aqiqah anak mereka. Harga kambing di pasaran tempatan samada yang import ataupun tempatan adalah mahal dan ramai ibubapa yang terpaksa menundakan hasrat ‘aqiqah tersebut. Dapatkan penyelesaian dengan aqiqah lembu yang lebih kos efektif.

Kenapa ‘Aqiqah Lembu?

Harga lembu pada November 2011 mencecah RM2500 bagi berat 200++kg. Harga bagi kambing pula sekitar RM700. Dalam Islam, ‘aqiqah lembu mempunyai 7 bahagian dan kambing hanya 1 bahagian. Jadi secara puratanya, harga lembu siap sembelih, lapah dan hantar bagi setiap bahagian  adalah jauh lebih murah dari harga kambing.

Jika ‘Aqiqah Lembu Lebih Murah, Mengapa Tidak Ramai Yang Memilih Untuk Melaksanakan ‘Aqiqah Dengan Lembu?

Benar, ‘aqiqah dengan lembu memang jauh lebih murah daripada kambing tetapi ramai ibubapa yang harus menunggu sanak saudara lain bermuafakat untuk mencukupkan 7 bahagian.

Bagaimana Cara Pengagihan Daging ‘Aqiqah Lembu Tersebut?

Daging dan tulang dari lembu tersebut akan dibahagikan kepada 7 bahagian yang sama rata dan dihantar terus kepada pelaku ibadah ini.

Apakah Hadith Yang Menyebut Tentang ‘Aqiqah Lembu?

“Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka ber’aqiqahlah dengan unta, lembu ataupun kambing.”

-Riwayat At Tabarani

“Rasullulah sallallahu ‘alayhi wasallam memerintahkan kepada kami supaya menyembelih ‘aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.” Namun ‘aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki itu bukanlah suatu kemestian, kerana Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri telah melaksanakan ‘aqiqah cucu Baginda, Hassan dan Hussain dengan masing-masing seekor kambing. Seperti dalam hadis, “Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah meng’aqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.”

-Riwayat Abu Daud

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: