SOAL JAWAB: HUKUM KENDURI ‘AQIQAH SERENTAK DENGAN KENDURI-KENDURI LAIN

Soalan:

Satu pertubuhan badan kebajikan mengadakan kenduri majlis Maulidur Rasul, kenduri majlis Isra’ Mi’raj atau kenduri majlis Nisfu Syaaban serentak dengan menyembelih binatang ‘aqiqah. Ada di antara orang-orang kampung mempersoalkan perkara ini dengan menyatakan perlaksanaan ‘aqiqah hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan lain-lain tujuan.

Jawapan:

Hikmah pensyariatan ‘aqiqah antaranya ialah bagi menzahirkan perasaan riang gembira, perasaan syukur di atas nikmat dikurniakan zuriat dan bagi tujuan mengumumkan keturunan nasab anak yang dilahirkan di samping mengeratkan tali silaturrahim di kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan orang-orang fakir miskin melalui masakan yang dikirimkan atau melalui jamuan yang diadakan (Nihayah al-Muhtaj: 8/145, I’anah ath- Thalibin: 2/525 dan al-Fiqh al-Manhaji: 1/489).
Maka berdasarkan kepada hikmah pensyariatan ‘aqiqah tersebut, adalah lebih elok kenduri majlis ‘aqiqah itu diadakan berasingan daripada kenduri majlis Maulidur Rasul, kenduri majlis Isra’ Mi’raj atau kenduri majlis Nisfu Syaaban dan lain-lain bagi mencapai hikmah di sebalik pensyariatan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika kenduri majlis ‘aqiqah itu disatukan atau diserentakkan dengan kenduri-kenduri yang lain, maka ‘aqiqah tetaplah hasil (sah) cuma kuranglah afdhalnya. Menurut ulama, menyedekahkan daging ‘aqiqah yang sudah dimasak dan menghantarnya kepada fakir miskin adalah lebih afdhal daripada menjemput mereka makan termasuk dalam bentuk kenduri.

Walaupun begitu, jika ianya dibuat jamuan dan dijemput orang datang menghadirinya, aqiqah tetap juga hasil (sah) dan memadai. Atau dalam makna lain ia adalah harus (Al-Majmu’: 8/410-411, Mughni al-muhtaj: 4/294 dan I’anah ath-Thalibin: 2/526). Wallahu’alam.

Sumber rujukan:
Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: