PENGURUSAN LEMBU

PENGURUSAN

Cara meragut lepas bebas
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut sama ada di kawasan sendiri atau bukan termasuklah di tepi-tepi jalan. Cara ini adalah kurang baik.

Cara berkurung atau fidlot
Lembu sentiasa di dalam kandang dengan mendapat makanan bermutu dan air bersih secukupnya. Makanan diberi sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberi pada kadar berat kering 3 – 5 % dari berat badan lembu setiap hari. Rumput diberi pada waktu pagi manakala dedak pada sebelah petang.

Cara separa intensif
Cara ini sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibiar meragut dalam tempoh yang dihadkan. Lembu dihalau balik ke kandang untuk diberi makanan tambahan dan berteduh pada waktu malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kawasan ragutan yang mencukupi dan kandang.

Cara integrasi dengan tanaman utama
Di negara ini kawasan yang bertanam dengan kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput rampai yang subur. Integrasi dengan tanaman ini akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan terkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung satu ekor ternakan dewasa.

PERUMAHAN

Pembinaan kandang
Keluasan: 1 ekor = 30 kaki persegi. Jika 10 ekor = 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8 – 10 kaki

Palung makanan dan minuman
ruang makan = 1.5 kaki /ekor. Ruang minum 1 kaki/ekor

Pasung/Trevis
Sebesar saiz lembu, apabila dimasukkan ke dalam ia tidak dapat meronta

PEMAKANAN

Seekor lembu memerlukan 20 -30 kilogram rumput setiap hari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Hasil buangan pertanian yang murah boleh dijadikan makanan tambahan.

Contohnya hasil buangan pertanian: Kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulor nenas, pucuk tebu, pucuk jagung dan batang sagu.

KAWALAN KESIHATAN

Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.

Penyakit yang biasa terjadi

Luka
Serangan cacing dan parasit luar badan dan di dalam darah.
Anak-anak lembu pula mudah dijangkiti kuman di pusat.

Bagi mengatasinya:-

Jauhkan lembu dari benda-benda yang tajam.
Berikan ubat cacing 2 – 3 kali setahun dan sembur ubat kutu setiap 2 bulan sekali.
Rawat pusat dan tali pusat anak lembu yang baru dilahirkan.

Hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat untuk tindakan lanjut.

PEMBIAKAN

Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja boleh dikahwinkan. Pembiakan boleh berlaku secara:

-Tabie (menggunakan lembu pejantan)

-Permanian beradas

Selepas melahirkan anak, lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40 – 60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5 – 6 kali beranak atau umur 8 – 10 tahun.

PENJAGAAN LEMBU BUNTING

Tempoh bunting seekor lembu kira-kira 283 hari.

Makanan bermutu dan air bersih dan cukup mesti diberikan dan diasingkan dalam kandang.

PENJAGAAN ANAK SELEPAS DILAHIRKAN

Anak yang lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya 4 hari pertama.

Penyusuan seterusnya boleh diberi sehingga 3 bulan dan anak diceraikan dari ibunya.

Perlahan-lahan anak diajar memakan rumput dan dedak hingga diceraikan terus dari ibunya.

PENJAGAAN ANAK MEMBESAR

Anak jantan untuk dijadikan baka perlu dikasi (kembiri) supaya tidak mengganggu ibu-ibu lembu.

Tanduk perlu dibuang supaya memudahkan pengendalian apabila besar.

Anak betina pula tidak dikahwinkan sebelum umur 2 tahun.

JUALAN

Hasil boleh diperolehi daripada:

-Lembu singkiran untuk disembelih
-Lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya
-Anak muda jantan untuk pengganti

Penternak digalakkan memasarkan sendiri ternakan dengan cara:

-Jualan sendiri
-Kepada sesiapa yang menawarkan harga yang baik dan menguntungkan.
-Jualan lelong
-Kepada penyembelih yang menawarkan harga yang baik.
-Menjual daging di pasar tani
-Penternak yang mendapat kemudahan gerai di Pasar Tani atau Pasar Besar boleh menjual sendiri. Dengan cara ini penternak dijangka mendapat keuntungan yang lebih baik.

Sumber rujukan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: