PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA ‘AQIQAH DAN QURBAN

1) Definisi dari sudut syarak

Qurban: Ialah sembelihan binatang an’am pada hari Nahar dan hari Tasyriq untuk mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.

‘Aqiqah: Ialah sembelihan binatang an’am sempena kelahiran anak sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala.

2) Hukum

Kedua-duanya sunnah mu’akkadah dan wajib jika dinazarkan.

Qurban: Sunat kifayah bagi satu keluarga. Memadai seorang sahaja yang berqurban bagi seisi rumah.

‘Aqiqah: Sunat atas wali (bapa) meng’aqiqahkan anak yang baru lahir hingga umur baligh. Setelah baligh, sunat atas diri sendiri. Sah juga wali atau penjaga meng’aqiqahkan anak yang sudah baligh.

3) Masa / tempoh

Qurban: Setiap tahun dari terbit matahari hari Nahar/Hari Raya ‘Aidiladha (10 Zulhijjah) hingga tenggelam matahari hari Tasyriq (11-13 Zulhijjah).

‘Aqiqah: Dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup. Tidak terikat dengan waktu selagi belum dibuat ‘aqiqah.

4) Kekerapan

Qurban: Boleh setiap tahun bagi setiap orang.

Aqiqah: Hanya sekali selagi belum ber’aqiqah kecuali ‘aqiqah yang sebelumnya tidah sah kerana tidak menepati syarat seperti binatang an’am itu cacat yang aib.

5) Pembahagian

Qurban: Jika diberikan kepada orang kaya, tiadalah orang kaya itu memilikinya, hanya untuk dimakannya sahaja. Sunat dibahagikan daging mentah dengan nisbah sepertiga untuk tuan, sepertiga untuk disedekah kepada fakir miskin dan sepertiga untuk dihadiahkan atau dua pertiga untuk disedekah kepada fakir miskin.

‘Aqiqah: Jika diberikan kepada orang kaya, nescaya akan menjadi miliknya. Sunat dimasak dahulu dan sunat dilebihkan manis semoga manis akhlak anak itu. (Tulang binatang aqiqah sunat tidak dipatah-patahkan sempena mengharapkan anak itu tidak cacat).

6) Jika dinazarkan

Qurban: Tidak harus tuannya mengambil walaupun sedikit. Wajib disedekah dan hadiah semuanya.

‘Aqiqah: Boleh diambil oleh tuannya (kerana hendak dimasak dan diberi makan kepada orang).

Kebanyakkan daripada hukum ‘aqiqah dan qurban itu mempunyai persamaan, sama ada dalam hukum sedekah, hadiah, makan, menyimpan daging dan menentukan kadar daging yang dimakan adalah sama dan tiada perbezaan di dalamnya.
Perbezaan Antara ‘Aqiqah Dan Qurban

Qurban
Perbezaan dari segi
‘Aqiqah
10,11,12 dan 13 Zulhijjah
Waktu
Sejak lahir hingga baligh
Wajib diberi kepada orang miskin
Daging Sembelihan
Harus diberi kepada orang miskin dan kaya
Sedekah daging mentah kepada orang miskin
Cara Sedekah
Sedekah daging setelah dimasak manis
Memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim
Tujuan
Tanda syukur atas kelahiran
Persamaan Antara ‘Aqiqah Dan Qurban
 Hukum kedua-duanya sunat muakkad
Binatang yg disembelih dari jenis al-an’am
 Melalui sembelihan yg sah oleh hukum syarak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: