HIKMAH PENSYARIATAN ‘AQIQAH

Hikmah di sebalik pensyariatan ‘aqiqah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya:

  1. ‘Aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah subhanahu wata‘ala dari peringkat awal lagi.
  2. ‘Aqiqah itu sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas.
  3. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas kekuatan nikmat rezeki, dan anak yang dikurniakanNya.
  4. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala.
  5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.
  6. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
  7. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka.
  8. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak melalui masakan yang dikirimkan atau melalui jamuan yang diadakan.
  9. Membiasakan berkorban bagi orang tua.
  10. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  11. Menggalakkan amalan sedekah.
  12. Mendapatkan ganjaran di sisi Allah subhanahu wata‘ala pada hari kiamat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: