HUKUM MELAKSANAKAN ‘AQIQAH

Hukum melaksanakan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Pendapat yang sedemikian adalah pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Oleh itu, hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam ini.

‘Aqiqah asalnya menjadi beban ayah selaku pemberi nafkah. ‘Aqiqah ditunaikan dari harta ayah, bukan dari harta anak. Orang lain tidak boleh melaksanakan ‘aqiqah selain melalui izin ayah (Shahih Fiqih Sunnah, 2/382). Imam Syafi’e mensyaratkan bahawa ‘aqiqah dianjurkan kepada orang yang mampu (Shahih Fiqih Sunnah, 2/382).

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda dalam sebuah hadis, “Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas ‘aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.”

Anak zina, ‘aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu meng’aqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

Jika anak itu lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor), manakala jika anak itu perempuan, disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam memerintahkan para sahabat agar menyembelih ‘aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing.

-Riwayat al-Turmuzi

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam menyembelih ‘aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing.

-Riwayat Abu Daud

Ia bukan wajib sebagaimana pernah ditanyakan kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan Baginda bersabda menjawabnya:

لا يحب الله العقوق كأنه كره الإسم وقال : من ولد له ولد فأحب أن ينسك عنه فلينسك عن الغلام شاتان مكافئتان وعن الجارية شاة
(رواه أبو داود والنسائي وأحمد)

Maksudnya:
Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (‘aqiqah). Baginda bersabda, “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelih untuk anaknya itu, maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.”

-Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i dan Ahamad

Maksud hadith daripada perkataan أحب أن ينسك عنه (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melaksanakan ‘aqiqah, melainkan jika ‘aqiqah itu dinazarkan baharulah wajib.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: