PENGERTIAN ‘AQIQAH

‘Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya dan rambut itu dinamakan ‘aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).

Manakala dari segi istilah syara’ pula ‘aqiqah ialah binatang an‘am yang disembelih untuk menyambut anak yang baru dilahirkan ketika mencukur rambutnya (I’frnah ath- Thfrlibin: 2/525) atau binatang an‘am yang disembelih untuk menyambut anak yang baru dilahirkan sebagai tanda syukur kepada Allah subhanahu wata‘ala dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu. (Mausu’ah Fiqhiyyah: 30/276)

‘Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah subhanahu wata‘ala sebagaimana penjelasan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dengan sabdanya:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
“Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan ‘aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.”

-Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: