PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

  1. Berdoa semasa hendak menyembelih:بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ … (sebut nama anak)Maksudnya:
    “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…(sebut nama anak)”.
  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  3. Menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan ‘aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran.
  4. Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang ‘aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadith daripada ‘Aisyah r.a., katanya yang bermaksud: “Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya.”

    -Riwayat al-Hakim

    Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) supaya anak-anak tersebut akan membesar dengan sempurna dan tidak ditimpa perkara yang boleh mencacatkannya sehingga patah dan lain-lain.

  5. Daging ‘aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun ‘aqiqah itu ‘aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang di’aqiqahkan.
  6. Daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat ber’aqiqah. Namun yang lebih afdhal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.
  7. Sunat bagi orang yang ber’aqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang di’aqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan ‘aqiqah wajib (‘aqiqah nazar) atau ‘aqiqah kerana wasiat. Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging ‘aqiqah tersebut sama keadaannya dengan qurban.Diriwayat bahawa ‘Aisyah r.a. berkata mengenai daging ‘aqiqah:
    يُجْعَلُ جُدُولا , يُؤْكَلُ وَيُطْعَمُ

    Maksudnya:
    “Ia hendaklah di potong berkeping2, kemudian dimakan dan diberi kepada yang lain”

    -Riwayat Ibn Abi Shaibah didalam al-Musannaf, 5

    Diriwayatkan bahawa Ibn Sirin dan Hasan al-Basri berkata:

    أن العقيقة كانت عندهم بمنزلة الأضحية ، يَأْكُلُ وَيُطْعِمُ

    Maksudnya:
    “Sesungguhnya disisi mereka bahawa aqiqah dianggap seperti korban, dimakan (sebahagian) dan diberi (sebahagian).”

    -Riwayat Ibn Abi Shaibah

    Berkata Ibn Hazm r.a.:

    العقيقة يُؤْكَلُ منها ويُهْدَى ويُتَصَدَّق

    Maksudnya:
    “Aqiqah hendaklah di makan sebahagiannya, diberi sebagai hadiah dan disedekahkan.”

    -al-Muhallaa

  8. Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan.
  9. Memberi nama yang baik kepada bayi.
  10. Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambutnya yang telah dicukur.
  11. Mengkhatan bayi tersebut. Mengkhatankan anak pada hari ketujuh dan hari penyembelihan ‘aqiqahnya adalah sunat. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Al-Baihaqi daripada Aisyah r.a., “Bahawasanya Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam mengkhatankan Hassan dan Hussain pada hari ketujuh dari hari kelahiran mereka.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: