WAKTU PERLAKSANAAN ‘AQIQAH

‘Aqiqah itu sunat dilakukan oleh walinya sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih.

Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan ‘aqiqah untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Daud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam pernah meng’aqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam diangkat menjadi Rasul.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk ber’aqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
“Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan ‘aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.”

-Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah

Sebagaimana dalam hadith daripada ‘Aisyah r.a. katanya yang bermaksud:“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam meng’aqiqahkan Hasan dan Husin pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala).”-Riwayat al-Hakim

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya). Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Jika tidak dapat pada hari ketujuh, tunda pada hari ketujuh berikutnya iaitu hari keempat belas. Jika tidak dapat hari keempat belas, tunda pula tujuh hari kemudian iaitu hari kedua puluh satu. Ini adalah waktu pilihan. Begitulah seterusnya ditunda seminggu seminggu.

Ada yang mengatakan waktu pilihan hanya setakat dua puluh satu hari sahaja (Al-Majmuk, 8:431). Jika lebih dari itu,  terpulanglah kepada pelaku ibadah tanpa perlu menganjak selang tujuh hari. Ibadahnya diberi ganjaran pahala tetapi terlepas pahala memilih hari yang afdhal.

Pendapat ini sebenarnya adalah pendapat ulama Hambali, namun dinilai lemah oleh ulama Malikiyah. Jadi, jika ‘aqiqah dilaksanakan sebelum atau setelah waktu tadi sebenarnya diperbolehkan kerana yang penting adalah ‘aqiqahnya dilaksanakan (Shahih Fiqih Sunnah, 2/383).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: