PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN

Menyalahi sunnah nabi sekiranya haiwan A yang diqurban tetapi daging haiwan B yang diberi (dicampur-campur daging haiwan A dan B). Hati, jantung dan daging peha (depan dan belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi tujuh bahagian, misalnya dua batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi tujuh bahagian (bilangan kaki cuma ada empat).

Bagi pengagihan daging qurban, golongan yang paling diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam.

Walau bagaimanapun kita disunatkan memakan hati haiwan qurban tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi, “Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam memakan hati qurbannya.”

Allah subhanahu wata‘ala juga menyuruh orang yang berqurban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah subhanahu wata‘ala dalam surah al-Hajj, ayat 28 yang bermaksud, “Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.”

Tiap-tiap orang sunat memakan daging haiwan qurbannya sendiri. Kita memang dibenarkan oleh Islam untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan qurban yang kita lakukan untuk kita sama-sama merasa dan mendapat keberkatan dari ibadah tersebut. Dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda, “Makanlah, buatlah jamuan untuk orang makan dan simpanlah sebahagian daging qurban kamu.” Mengikut pendapat ulama, kita dibolehkan memakan sepertiga daripada daging qurban tersebut.

Adapun jika seseorang ingin bersedekah dan memberikan semua daging qurban tersebut kepada mereka yang layak menerimanya, maka ia amatlah baik sekali.

Jika qurban yang dilakukan atas niat menunaikan nazar, maka daging qurban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang berqurban. Semua daging qurban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Islam tidak membenarkan kita membayar upah kepada tukang sembelih haiwan qurban dengan daging mahupun kulit haiwan qurban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber lain yang dimiliki. Ini bertepatan dengan hadith Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam dari Saidina Ali r.a. yang berbunyi, “Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan tersebut dari bahagian yang ada pada kami.”

-Riwayat Bukhari dan Muslim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: