SEJARAH BERMULANYA IBADAH QURBAN

Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi, amalan ibadah qurban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam alaihis salam lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut.

Pada zaman Nabi Adam alaihis salam, peristiwa qurban Habil dan Qabil menunjukkan betapa qurban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27 yang bermaksud, “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan qurbannya, maka Allah menerima qurban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima qurban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: ‘Aku pasti membunuhmu?’ Habil berkata: ‘Sesungguhnya Allah hanya menerima qurban dari orang-orang yang bertakwa.’”

Pada zaman Nabi Nuh alaihis salam pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh alaihis salam menyediakan satu tempat khas untuk qurban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan qurban tersebut dibakar.

Manakala pada zaman Nabi Ibrahim alaihis salam, qurban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim alaihis salam iaitu Nabi Ismail alaihis salam ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim alaihis salam. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.

Pada zaman Nabi Musa alaihis salam, cara qurban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk qurban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.

Budaya dan amalan berqurban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging qurban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, qurban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: